Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan bahawa penggunaan peluntur benzoil peroksida di dalam tepung gandum dan makanan adalah selamat dan dibenarkan mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.
Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemantauan KKM ke atas 202 sampel pelbagai tepung di pasaran dari tahun 2014 menunjukkan semua tepung itu mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Beliau menjelaskan bahawa bahan itu juga telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).
"Justeru Codex Alimentarius Commission (CAC) iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah JECFA telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas video yang ditularkan melalui media sosial mengenai dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa pengunaan bahan peluntur itu di dalam tepung gandum boleh menjejaskan kesihatan.
Dr Noor Hisham berkata penambahan benzoil peroksida di dalam tepung gandum setakat ini dibenarkan di negara-negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat, manakala Australia dan New Zealand Food Standards Code membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.
Beliau berkata KKM amat peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti saintifik daripada badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan berbahaya kepada kesihatan pengguna.
Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau mengakses laman sesawang http://moh.spad.gov.my atau Facebook www.facebook.com/bkkmhq, sekiranya mempunyai kemusykilan terhadap sebarang isu keselamatan makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2017
Pemantauan KKM ke atas 202 sampel pelbagai tepung di pasaran dari tahun 2014 menunjukkan semua tepung itu mematuhi peraturan yang ditetapkan. - Gambar hiasan
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum tidak berbahaya - KKM
KKM beri jaminan penggunaan peluntur benzoil peroksida di dalam tepung gandum dan makanan adalah selamat dan dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983.